Kelebihan puasa 10 Muharram

Kelebihan puasa 10 Muharram - Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SAW bersabda : 

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah SWT akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW

"Ya Rasulullah SAW, adakah Allah SWT telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?"

Maka berkata Rasulullah SAW : 

"Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah SWT menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub as pada hari Aasyura, Allah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Back To Top