Allah SWT menolak satu doa Rasullullah SAW

Allah SWT menolak satu doa Rasullullah SAW - Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu saat Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. 

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah SWT memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh As). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.

3. Aku telah memohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri gaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam gaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang.

Back To Top